Dan kata setengah mereka itu (Kaum Sufiah); bermula segala orang yang Zikir itu atas lima martabat.
* Pertama – Yang dizikir dengan lisan tiada dengan Qalbi.
* Kedua – Yang dizikir dengan Qalbi tiada dengan Lisan.
* Ketiga – Yang zikir dengan Aqal.
* Keempat – Yang zikir dengan Sir
* Kelima – Yang Zikir dengan Mazkur.
Firman Allah yang bermaksud; “Dan tiada yang demikian itu atas Allah Taala sukar” dengan KuatNya dan KuasaNya yang tiada terhenti pekerjaanNya atas sesuatu kerana Ia jua
* Yang Ghoni(Memiliki Kekayaan) lagi Karim(Pemurah);
* Yang Menganugerahi barang yang diKehendakiNya;
* dan tiada yang menegahkan dalam QudratNya
* dan tiada yang jauh daripada KaramNya.
Hanyasanya atas hamba itu Asbab dan atas Allah Yang Membukakan “bab” (pintu kurniaNya). Dan yang
demikian itu(Lima Martabat Zikir di atas) bagi mengisbatkan(menyabitkan) Hikmah dan
Zhuhur(kenyataan) Ubudiyah(Kehambaan) dengan Ibadat.
* Dan tiada ibadat melainkan dengan Fadhol(limpah kurnia)Nya;
* dan tiada Zikir melainkan dengan RahmatNya;
* dan tiada Tawajjuh(berhadap hati) kepadaNya melainkan dengan KurniaNya.
Maka iaitu(Allah) Yang Mengurniai (orang) yang zikir dengan TaufiqNya; maka diTunjukiNya bagi
JalanNya; maka diBukakan bagi(hamba)nya dengan anugerahNya.
Dari segi pandangan hakikat, seorang hamba yang dapat berzikir itu adalah kerana adanya limpah kurnia dari Allah Taala dan tidak sepatutnya seorang itu mendakwa bahawa kemampuan ia boleh memanjat ke tingkat-tingkat Zikir yang tinggi adalah kerana hasil usaha ikhtiar dari penat lelahnya bermujahadah.
Namun begitu tingkat-tingkat yang tersusun itu dibeza-bezakan sebagai mensabitkan Hikmah Allah dan penyataan pembuktian seorang hamba dengan melaksanakan pelabagai ibadat terhadap TuhanNya.
Dengan itu, sebagai adab kehambaan (Ubdudiyah) seorang hamba itu perlu bersungguh-sungguh
membiasakan lisan mereka dan hati mereka dengan beribadat, berzikir dan bertawajjuh kepadaNya.
“Allah tiada memberati manusia melainkan sekadar tenaganya. Baginya (pahala) kebajikan yang
diusahakannya dan di atasnya (dosa) kejahatan yang diperbuatnya”(Al-Baqarah: 286)
Dan apabila mereka dapat melaksanakannya dengan baik dan sempurna, maka wajib dilaksanakan
dengan bersungguh-sungguh pula Adab Ketuhanan iaitu dengan disyuhudkan(dipandang) bahawa amal
ibadat dan semua perbuatan mereka adalah dengan taufiq, dan limpah kurnia Allah Taala.
“Dan bermula Allah itulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuatkan” (Surah As-
Shofat: 96).
“Dan tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala engkau melempar tetapi Allah Taala jua yg
melempar” (Surah Al-Anfal: 17)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar